Baca Juga
Inilah Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini
1. Mendengar berita kematian:
Melayu : Alfatihah
Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun
2. Usung jenazah
Melayu :
Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal
dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan
dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.
Islam :
Usung seperti biasa
tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan
bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.
3. Tanam jenazah
Melayu :
– Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
– Tabur bunga
– Tabur batu
Islam :
Tiada sebarang jirusan
air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa
namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang
merosakkan aqidah.
4. Kubur jenazah
Melayu :
– Kubur dihias bagai pengantin
– Kubur ada bangunan
– Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
– Ada pakej upah baca Al Quran
– Batu nisan 2
– Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
– Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
– Perlu beri wang kepada penggali kubur
– Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000…MasyaAllah.
Islam :
– Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
– Kubur tiada bangunan
– Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
– Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
– Batu nisan 1
– Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
– Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.
5. Kenduri arwah
Melayu :
Keluarga si mati buat
upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu,
surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut
tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa.
Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.
6. Talqin
Melayu :
Talqin akan dibaca di
atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada
si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur
sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti
ibu.
Islam :
Tidak ada sebarang
talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa
amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika
talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba
kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan,
kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.
Berlapang dada , renungkankah…Melayu sekadar bangsa dan islam itu akidah kita..
Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:-
“Barangsiapa membuat
suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada
asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan
Muslim no. 1718)
Sumber : theviral-news.blogspot.co.id
Inilah Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini
4/
5
Oleh
Top Viral