Baca Juga
Damar Wulan,
memuat naik status ketidakpuasan hatinya itu di media sosial semalam
berkata, beliau masuk ke lebuh raya PLUS melalui Gurun dan berhenti
seketika di RnR Gurun untuk tidur kerana keletihan selama setengah jam
selepas menghantar rakannya. Namun setelah menyambung perjalanan pulang
dan tiba di Tol Pendang, beliau dikehendaki membayar sebanyak RM9.40
(RM6.40 denda).
"Saya
didenda RM9.40. Bayaran tol sahaja RM3.00 tetapi dicaj sehingga RM9.40
ketika sampai di Tol Pendang, di mana caj tambahan itu dikenakan kerana
duduk di RnR melebihi 1 jam 50 minit. Gila ke apa ini? Tak boleh duduk
lama di RnR?" katanya.
Menurut
Damar, pihak PLUS memberikan alasan bahawa mereka mengesyaki jika duduk
lama di RnR ada unsur penipuan dilakukan oleh pengguna lebuh raya.
Difahamkan
Damar telah menghubungi pihak PLUS melalui talian khidmat penggunanya
nampak gagal mendapat sebarang jawapan yang memuaskan hatinya.
"Saya
memaklumkan bahawa saya letih dan tidur seketika di RnR, namun penyelia
tol berkenaan pula menyatakan tidur tidak diiktiraf di atas lebuhraya
PLUS kerana di situ tiada hotel. Malah, pengguna kena akur dengan sistem
yang telah dibuat." katanya.
Justeru,
beliau mempersoalkan jika peraturan seperti itu dilaksanakan, mengapa
pihak PLUS tidak meletakkan papan di 'Tidak dibenarkan berehat melebihi
1.5 jam' di RnR Gurun.
Dalam
satu insiden sebagai contoh, seorang pengguna didenda RM10 apabila
berada melebihi dua jam dari tol Jelapang ke Kuala kangsar. Semoga
menjadi peringatan kepada pengguna lebuhraya yang lain.
Bagaimanapun, pada 16 Mac 2005, Menteri Kerja Raya pada ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, PLUS dilarang melaksanakan denda tersebut sehingga pindaan undang-undang berkaitan dilakukan, lapor Utusan Malaysia. - The Reporter
Bagaimanapun, pada 16 Mac 2005, Menteri Kerja Raya pada ketika itu, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, PLUS dilarang melaksanakan denda tersebut sehingga pindaan undang-undang berkaitan dilakukan, lapor Utusan Malaysia. - The Reporter
Sumber : theviral-news.blogspot.co.id
"Lelaki Ini Didenda RM9.40 Gara-Gara Duduk Terlalu Lama Di RnR"
4/
5
Oleh
Top Viral